PewarisBangsa

Berilmu, Beramal & Berakhlak Mulia

Kuliah terakhir PPK 211 September 17, 2007

Filed under: Uncategorized — drmdzuri76 @ 09.16am09
  1. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba.
  2. dalam kalian enak menjamu selera jangan lupa peperiksaan is just around the corner.
  3. semoga berjaya buat semua.

masalah-pembelajaran-jenis-add-adhd.ppt

 

PPK 433 September 12, 2007

Filed under: Uncategorized — drmdzuri76 @ 09.16am09

powerpoint bagi kuliah pertama ppk-433-1.pptppk-433-1.ppt.

kepada para pelajar yang dikasihi,selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama islam dan selamat menempuh peperiksaan yang bakal tiba kepada semua bakal pendidik anak bangsa yang gemilang.

 

A Fable August 6, 2007

Filed under: Berilmu, Beramal dan Berakhlak — drmdzuri76 @ 09.16am08

The Animal School: A Fable

by George Reavis

Animals in the Animal SchoolOnce upon a time the animals decided they must do something heroic to meet the problems of a “new world” so they organized a school. They had adopted an activity curriculum consisting of running, climbing, swimming and flying. To make it easier to administer the curriculum, all the animals took all the subjects.

The duck was excellent in swimming. In fact, better than his instructor. But he made only passing grades in flying and was very poor in running. Since he was slow in running, he had to stay after school and also drop swimming in order to practice running. This was kept up until his webbed feet were badly worn and he was only average in swimming. But average was acceptable in school so nobody worried about that, except the duck.

The rabbit started at the top of the class in running but had a nervous breakdown because of so much makeup work in swimming.

The squirrel was excellent in climbing until he developed frustration in the flying class where his teacher made him start from the ground up instead of the treetop down. He also developed a “charlie horse” from overexertion and then got a C in climbing and D in running.

The eagle was a problem child and was disciplined severely. In the climbing class, he beat all the others to the top of the tree but insisted on using his own way to get there.

At the end of the year, an abnormal eel that could swim exceeding well and also run, climb and fly a little had the highest average and was valedictorian.

The prairie dogs stayed out of school and fought the tax levy because the administration would not add digging and burrowing to the curriculum. They apprenticed their children to a badger and later joined the groundhogs and gophers to start a successful private school.

Does this fable have a moral?

(more…)

 

Oh Autistik….. July 23, 2007

Filed under: Uncategorized — drmdzuri76 @ 09.16am07

Keistimewaan Autisma.ppk-211(2).ppt

RAMAI kagum melihat keunikan dan sentuhan kreatif lukisan dalam kalendar Korporat Shell 2007 yang dilancarkan baru-baru ini. Jika tidak ditulis nama di bawah setiap karya, pasti ramai menyangka ia hasil kerja pelukis profesional.

Siapa sangka enam lukisan yang diabadikan dalam kalendar syarikat minyak gergasi itu dihasilkan kanak-kanak autistik, Yeak Ping Lian, 13.

Walaupun menghidap Sindrom Savant iaitu sejenis penyakit genetik yang sangat jarang berlaku (dan tiada penawarnya) bakat seninya menyerlah.

Semua karyanya dihasilkan secara spontan dan mempunyai nilai artistik, walaupun tidak pernah mendapat pendidikan khusus dalam seni lukis.

Inilah rahmat Allah. Sesungguhnya Allah amat pemurah dan penyayang. Kekurangan satu sifat akan diganti dengan kelebihan pada sifat lain sehingga menimbulkan keunikan kepada seseorang individu itu. Namun, ramai antara kita kadangkala tidak dapat melihat rahmat terselindung di sebalik kekurangan yang ada pada diri.

Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibu bapa kecewa dan putus asa apabila mendapat anak autistik. Malah, ada yang sanggup mengetepi atau membiarkan anak autistik dan hanya memberi perhatian kepada anak normal.

Sikap ibu bapa yang kurang memahami masalah dan keperluan anak autistik sebenarnya boleh menggelapkan masa depan golongan istimewa ini. Kanak-kanak autistik sebenarnya mempunyai masa depan yang sama cerah dengan kanak-kanak normal jika diberikan peluang dan menjalani terapi khusus.

Autistik ialah gangguan perkembangan pertumbuhan. Autistik ialah penyakit genetik dan ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu klasik dan varian (gangguan spektrum yang merangkumi banyak jenis masalah genetik yang jarang dijumpai).

Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Syed Nazir Syed Kadir, berkata autistik boleh dianggap masalah biasa, dengan nisbah tiga hingga enam kes bagi 1,000 kanak-kanak dan ia lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki. Kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki mempunyai peluang empat kali ganda mengalami autistik berbanding perempuan. Jika ia berlaku pada kanak-kanak perempuan, biasanya kesnya lebih serius.

Autistik ialah masalah keturunan dan gangguan yang sangat kompleks. Jika seorang anak menghidap autistik, anak lain mempunyai risiko enam kali ganda untuk mendapat masalah sama. Malangnya, ramai ibu bapa tidak menyedari anak mengalami autistik yang menyebabkan perkembangan anak menjadi sangat perlahan.

“Masalah ini boleh dilihat ketika bayi lagi. Ibu bapa perlu memantau perkembangan anak mengikut umur mereka. Jika tidak pasti, ibu bapa boleh merujuk kepada carta perkembangan anak yang boleh diperoleh dari mana-mana klinik atau hospital,” katanya.

“Ramai ibu bapa tidak sedar anak mereka ada masalah autistik. Lebih menyedihkan, ada ibu bapa mengambil sikap ‘tidak apa’ dan menganggap ia perkara biasa. Ada juga kanak-kanak autistik menunjukkan perkembangan normal pada peringkat awal dan kemudian ‘hidup’ dalam dunia sendiri.

“Kanak-kanak autistik tiada kemahiran empati iaitu mereka tidak dapat membezakan sama ada orang lain marah atau gembira. Selain tidak suka melihat muka atau mata orang yang berinteraksi dengannya, kanak-kanak autistik kerap melakukan perlakuan yang membahayakan diri seperti menggigit atau menghantukkan kepala,” katanya.

Lebih membimbangkan, ramai individu autistik mempunyai ketahanan terhadap kesakitan. Keadaan ini menyebabkan ada pesakit yang dihantar ke kelas khas Nasom dipakaikan topi keledar kerana mempunyai tabiat suka menghantukkan kepala ke dinding berkali-kali.

Ada juga yang tidak menangis walaupun jatuh hingga berdarah, sebaliknya menjadi sangat sensitif terhadap rangsangan lain seperti bunyi tertentu, rasa atau sentuhan. Malah, jika bercakap pesakit akan membahasakan diri dengan nama mereka dan bukan saya atau aku.

Kata Dr Syed Nazir, individu autistik juga berisiko tinggi mengalami keadaan dipanggil sindrom x lemah yang menyebabkan masalah terencat akal, ketumbuhan dalam otak (tuber sklerosis), sawan, sukar belajar dan lemah daya tumpuan.

Dianggarkan 20 hingga 30 peratus pesakit autistik mendapat sawan (epilepsi) apabila meningkat dewasa atau berumur 20 tahun. Pada masa sama mereka cenderung mengalami gejala skizofrenia, halusinasi dan delusi, terutama apabila memasuki alam dewasa. Punca dan bagaimana keadaan ini boleh berlaku masih tidak diketahui.

Rawatan

Sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan autistik. Ini kerana autistik disebabkan kecelaruan genetik mempunyai skop yang sangat luas. Pun begitu, bukan bermakna kanak-kanak autistik tiada masa depan kerana jika diberikan terapi sejak kecil, mereka boleh pergi ke sekolah biasa dan belajar dalam bilik darjah sama dengan kanak-kanak normal.

Bagi kes autistik ringan, pesakit boleh menunjukkan prestasi akademik lebih baik daripada murid normal. Melalui pendidikan dan terapi, individu autistik boleh bekerja dan mempunyai kehidupan baik tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Justeru, kata Dr Syed Nazir, ibu bapa perlu segera membawa anak menjalani pemeriksaan sebaik menyedari anak mereka tidak menunjukkan perkembangan mengikut umur.

Sekumpulan doktor termasuk pakar kanak-kanak, pakar neurologi kanak-kanak, pakar pertuturan dan pendengaran serta psikologi akan membuat analisis terhadap kelambatan perkembangan anak untuk mengetahui puncanya sama ada disebabkan masalah fizikal atau sebaliknya.

Pendidikan dan terapi boleh mengurangkan gejala autistik apabila seseorang individu itu meningkat dewasa, kata Pengerusi Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon. Oleh kerana keadaan setiap pesakit tidak sama, mereka memerlukan perhatian khusus dan terapi perlakuan khas.

Atas dasar ini Nasom yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu membuka 15 pusat autistik di seluruh negara untuk memberi pendidikan khas kepada 400 murid dengan nisbah guru kepada murid yang kecil iaitu 1:3. Bukan semua orang boleh menjadi pengajar kepada kanak-kanak autistik kerana ia memerlukan kesabaran dan perlu menduduki ujian khas secara amali sebelum ditauliahkan sebagai guru.

“Paling penting ialah pandangan dan tindakan ibu bapa. Mereka perlu membawa anak menjalani pemeriksaan dan jika disahkan si kecil mengalami autistik, segera hantar anak ke pusat autistik berhampiran.

“Waktu terbaik untuk memberikan anak terapi perlakuan ialah pada usia dua hingga empat tahun. Anak yang mendapat terapi sejak kecil mempunyai peluang lebih baik untuk jalani kehidupan seperti orang lain dan bergaul dengan masyarakat.

“Pada masa sama mereka berpeluang memasuki sekolah biasa. Program menghantar anak autistik ke sekolah biasa dimulakan sejak dua tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran kerana kita mahu kanak-kanak ini bercampur dengan kanak-kanak normal dan mempraktikkan apa dipelajari di pusat autistik.

“Sebelum ini semua kanak-kanak autistik dihantar ke sekolah pendidikan khas, tetapi didapati mereka tidak dapat belajar bergaul dengan orang lain. Hanya pesakit autistik yang serius akan dihantar ke sekolah pendidikan khas seperti sekolah vokasional. Bagaimanapun, murid istimewa ini masih perlu pergi ke pusat autistik untuk diajar aspek sosial masyarakat,” katanya.

Walaupun keputusan akademik itu penting, ada lagi aspek kehidupan yang perlu diutamakan seperti kemahiran menjaga diri, menjalani rutin harian dengan baik, berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain. Semua aspek ini perlu diulang setiap hari kerana penerimaan rata-rata pesakit autistik agak lambat, terutama jika membabitkan kes autistik serius.

Terapi perlakuan ini bertujuan membantu setiap individu autistik berdikari, terutama dalam melakukan rutin harian, termasuk membersihkan diri selepas buang air.

Untuk memastikan kesinambungan terapi, ibu bapa perlu membantu anak mereka berdikari apabila balik ke rumah.

“Tidak salah jika ibu bapa mempunyai perasaan kasihan, tetapi jangan memanjakan anak dengan melakukan semua perkara untuk mereka. Tindakan ini akan menyebabkan apa dipelajari menjadi sia-sia. Sebaliknya, galakkan anak untuk lebih berdikari dan hanya membantu apabila mereka menghadapi kesukaran.

“Usah perjudikan masa depan anak. Jika anda dapati perkembangan anak terlalu perlahan berbanding peningkatan umur, segera bawa anak jalani pemeriksaan.

Jangan tunggu hingga anak sudah besar baru hendak dapatkan bantuan kerana proses mendidik akan menjadi lebih sukar,” katanya.

Jangan putus asa dan kecewa jika dianugerahkan anak autistik kerana setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Ciri perlakuan keterlaluan seperti melakukan satu-satu perkara berulang kali inilah yang membuatkan kanak-kanak autistik seperti Yeak dapat melakarkan lukisan yang unik secara spontan.

Bakat ini jelas diperlihatkan hampir 20 rakan senasib Yeap yang mencurahkan kreativiti masing-masing pada arca pelbagai bentuk untuk dipamerkan kepada pengunjung.

Justeru, usah pinggirkan anak anda. Sebaliknya, cari keistimewaan yang ada padanya untuk dilatih dan dirangsang supaya dia boleh menjadi insan berguna dan dapat berdikari apabila dewasa.

Individu autistik dewasa juga diberikan latihan kemahiran sambil bekerja di pusat autistik di Klang. Pada masa sama, Nasom mengalu-alukan orang ramai yang sudi menjadi sukarelawan mengajar kanak-kanak istimewa ini dalam bidang lukisan, muzik atau membantu urusan pejabat. Bagi yang berminat, sila menghubungi talian 03-40223744 atau 40254495.

 

Learning Disability July 6, 2007

Filed under: Uncategorized — drmdzuri76 @ 09.16am07

PPK 211 (first lecture on learning disability)

 

What is a learning disability?
Interestingly, there is no clear and widely accepted definition of “learning disabilities.” Because of the multidisciplinary nature of the field, there is ongoing debate on the issue of definition, and there are currently at least 12 definitions that appear in the professional literature. These disparate definitions do agree on certain factors:
1. The learning disabled have difficulties with academic achievement and progress. Discrepancies exist between a person’s potential for learning and what he actually learns.
2. The learning disabled show an uneven pattern of development (language development, physical development, academic development and/or perceptual development).
3. Learning problems are not due to environmental disadvantage.
4. Learning problems are not due to mental retardation or emotional disturbance.
How prevalent are learning disabilities?
Experts estimate that 6 to 10 percent of the school-aged population in the United States is learning disabled. Nearly 40 percent of the children enrolled in the nation’s special education classes suffer from a learning disability. The Foundation for Children With Learning Disabilities estimates that there are 6 million adults with learning disabilities as well.
What causes learning disabilities?
Little is currently known about the causes of learning disabilities. However, some general observations can be made:
• Some children develop and mature at a slower rate than others in the same age group. As a result, they may not be able to do the expected school work. This kind of learning disability is called “maturational lag.”
• Some children with normal vision and hearing may misinterpret everyday sights and sounds because of some unexplained disorder of the nervous system.
• Injuries before birth or in early childhood probably account for some later learning problems.
• Children born prematurely and children who had medical problems soon after birth sometimes have learning disabilities.
• Learning disabilities tend to run in families, so some learning disabilities may be inherited.
• Learning disabilities are more common in boys than girls, possibly because boys tend to mature more slowly.
• Some learning disabilities appear to be linked to the irregular spelling, pronunciation, and structure of the English language. The incidence of learning disabilities is lower in Spanish or Italian speaking countries.
What are the “early warning signs” of learning disabilities?
Children with learning disabilities exhibit a wide range of symptoms. These include problems with reading, mathematics, comprehension, writing, spoken language, or reasoning abilities. Hyperactivity, inattention and perceptual coordination may also be associated with learning disabilities but are not learning disabilities themselves. The primary characteristic of a learning disability is a significant difference between a child’s achievement in some areas and his or her overall intelligence. Learning disabilities typically affect five general areas:
1. Spoken language: delays, disorders, and deviations in listening and speaking.
2. Written language: difficulties with reading, writing and spelling.
3. Arithmetic: difficulty in performing arithmetic operations or in understanding basic concepts.
4. Reasoning: difficulty in organizing and integrating thoughts.
5. Memory: difficulty in remembering information and instructions.
Among the symptoms commonly related to learning disabilities are:
• poor performance on group tests
• difficulty discriminating size, shape, color
• difficulty with temporal (time) concepts
• distorted concept of body image
• reversals in writing and reading
• general awkwardness
• poor visual-motor coordination
• hyperactivity
• difficulty copying accurately from a model
• slowness in completing work
• poor organizational skills
• easily confused by instructions
• difficulty with abstract reasoning and/or problem solving
• disorganized thinking
• often obsesses on one topic or idea
• poor short-term or long-term memory
• impulsive behavior; lack of reflective thought prior to action
• low tolerance for frustration
• excessive movement during sleep
• poor peer relationships
• overly excitable during group play
• poor social judgment
• inappropriate, unselective, and often excessive display of affection
• lags in developmental milestones (e.g. motor, language)
• behavior often inappropriate for situation
• failure to see consequences for his actions
• overly gullible; easily led by peers
• excessive variation in mood and responsiveness
• poor adjustment to environmental changes
• overly distractible; difficulty concentrating
• difficulty making decisions
• lack of hand preference or mixed dominance
• difficulty with tasks requiring sequencing

 

When considering these symptoms, it is important to remain mindful of the following:
1. No one will have all these symptoms.
2. Among LD populations, some symptoms are more common than others.
3. All people have at least two or three of these problems to some degree.
4. The number of symptoms seen in a particular child does not give an indication as whether the disability is mild or severe. It is important to consider if the behaviors are chronic and appear in clusters.
Some of these symptoms may indicate dyslexia. For more information go to Some of these symptoms may indicate attention deficit hyperactivity disorder. For more information go to
What should a parent do if it is suspected that a child has a learning disability?
The parent should contact the child’s school and arrange for testing and evaluation. Federal law requires that public school districts provide special education and related services to children who need them. If these tests indicate that the child requires special educational services, the school evaluation team (planning and placement team) will meet to develop an individual educational plan (IEP) geared to the child’s needs. The IEP describes in detail an educational plan designed to remediate and compensate for the child’s difficulties.
Simultaneously, the parent should take the child to the family pediatrician for a complete physical examination. The child should be examined for correctable problems (e.g. poor vision or hearing loss) that may cause difficulty in school.
How does a learning disability affect the parents of the child?
Research indicates that parental reaction to the diagnosis of learning disability is more pronounced than in any other area of exceptionality. Consider: if a child is severely retarded or physically handicapped, the parent becomes aware of the problem in the first few weeks of the child’s life. However, the pre-school development of the learning disabled child is often uneventful and the parent does not suspect that a problem exists. When informed of the problem by elementary school personnel, a parent’s first reaction is generally to deny the existence of a disability. This denial is, of course, unproductive. The father tends to remain in this stage for a prolonged period because he is not exposed to the child’s day-to-day frustrations and failures.
Research conducted by Eleanor Whitehead suggests that the parent of an LD child goes through a series of emotions before truly accepting the child and his problem. These “stages” are totally unpredictable. A parent may move from stage-to-stage in random. Some parents skip over stages while others remain in one stage for an extended period. These stages are as follows:
DENIAL: “There is really nothing wrong!” “That’s the way I was as a child–not to worry!” “He’ll grow out of it!”
BLAME: “You baby him!” “You expect too much of him.” “It’s not from my side of the family.”
FEAR: “Maybe they’re not telling me the real problem!” “Is it worse than they say?” “Will he ever marry? go to college? graduate?”
ENVY: “Why can’t he be like his sister or his cousins?”
MOURNING: “He could have been such a success, if not for the learning disability!”
BARGAINING: “Wait ’till next year!” “Maybe the problem will improve if we move! (or he goes to camp, etc.).”
ANGER: “The teachers don’t know anything.” “I hate this neighborhood, this school…this teacher.”
GUILT: “My mother was right; I should have used cloth diapers when he was a baby.” “I shouldn’t have worked during his first year.” “I am being punished for something and my child is suffering as a result.”
ISOLATION: “Nobody else knows or cares about my child.” “You and I against the world. No one else understands.”
FLIGHT: “Let’s try this new therapy–Donahue says it works!” “We are going to go from clinic to clinic until somebody tells me what I want to hear.!”
Again, the pattern of these reactions is totally unpredictable. This situation is worsened by the fact that frequently the mother and father may be involved in different and conflicting stages at the same time (e.g., blame vs. denial; anger vs. guilt). This can make communication very difficult.
The good news is that with proper help, most LD children can make excellent progress. There are many successful adults such as attorneys, business executives, physicians, teachers, etc. who had learning disabilities but overcame them and became successful. Now with special education and many special materials, LD children can be helped early.
Pointers for parents of children with learning disabilities.
1. Take the time to listen to your children as much as you can (really try to get their “Message”).
2. Love them by touching them, hugging them, tickling them, wrestling with them (they need lots of physical contact).
3. Look for and encourage their strengths, interests, and abilities. Help them to use these as compensations for any limitations or disabilities.
4. Reward them with praise, good words, smiles, and pat on the back as often as you can.
5. Accept them for what they are and for their human potential for growth and development. Be realistic in your expectations and demands.
6. Involve them in establishing rules and regulations, schedules, and family activities.
7. Tell them when they misbehave and explain how you feel about their behavior; then have them propose other more acceptable ways of behaving.
8. Help them to correct their errors and mistakes by showing or demonstrating what they should do. Don’t nag!
9. Give them reasonable chores and a regular family work responsibility whenever possible.
10. Give them an allowance as early as possible and then help them plan to spend within it.
11. Provide toys, games, motor activities and opportunities that will stimulate them in their development.
12. Read enjoyable stories to them and with them. Encourage them to ask questions, discuss stories, tell the story, and to reread stories.
13. Further their ability to concentrate by reducing distracting aspects of their environment as much as possible (provide them with a place to work, study and play).
14. Don’t get hung up on traditional school grades! It is important that they progress at their own rates and be rewarded for doing so.
15. Take them to libraries and encourage them to select and check out books of interest. Have them share their books with you. Provide stimulating books and reading material around the house.
16. Help them to develop self-esteem and to compete with self rather than with others.
17. Insist that they cooperate socially by playing, helping, and serving others in the family and the community.
18. Serve as a model to them by reading and discussing material of personal interest. Share with them some of the things you are reading and doing.
19. Don’t hesitate to consult with teachers or other specialists whenever you feel it to be necessary in order to better understand what might be done to help your child learn.

 

Keluarga Bahagia July 5, 2007

Filed under: Uncategorized — drmdzuri76 @ 09.16am07

mamasayang di sayangSayang Papaanakku sayangInsan Teristimewa

 

Apa itu Disleksia (sambungan)

Filed under: Uncategorized — drmdzuri76 @ 09.16am07

DISLEKSIA (DYSLEXIA)

berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “kepayahan” untuk perkataan “dys” dan “bahasa” untuk perkataan “lexia”. Maka itu, bolehlah disimpulkan bahawa perkataan disleksia bermaksud kepayahan bahasa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia menghadapi masalah-masalah berikut:

* mereka melihat huruf-huruf dan perkataan-perkataan
seperti bercampur-aduk
* mereka tidak memahami bahawa setiap perkataan
terbentuk dengan huruf-huruf yang yang digabung
* mereka sukar mengeja
* mereka payah memahami konsep di dalam pelajaran
matematik
* mereka mempunyai kesukaran di dalam latihan
kefahaman
* mereka juga menghadapi masalah apabila menulis

Kepintaran kognitif atau IQ kanak-kanak disleksik sebenarnya setaraf atau lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang tidak menghadapi masalah disleksia.

Walaupun para penyelidik telah mengetahui bahawa punca masalah disleksia ini ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeda dari lazimnya, namun sehingga kini, tiada rawatan atau penawar untuk masalah disleksia ini.

Kita perlu tahu bahawa tidak semua kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi masalah atau kepayahan yang sama. Kanak-kanak yang mengalami disleksia boleh menghadapi masalah ini di peringkat rendah dan tidak terlalu menjejas prestasi pelajaran mereka sehinggalah kepada peringkat yang amat sukar dan menghambat kemajuan pelajaran mereka. Berikut adalah beberapa kepayahan atau masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Membaca

* Tidak pasti atau sering keliru dengan abjad-abjad seperti ‘b’ dan ‘d’, ‘p’ dan ‘q’, ‘n’ dan ‘u’.
* Membaca perkataan terbalik seperti “saw” menjadi “was”.

Mengeja

* Menulis perkataan atau huruf dengan terbalik atau salah urutan. Misalnya huruf ‘b’ ditulis ‘d’ dan bila mengeja perkataan ‘play’ menjadi ‘paly’.
* Tertinggal huruf semasa menulis. Misalnya semasa megeja perkataan ‘flower’, dia akan menulis sebagai ‘fower’ dan ‘went’ pula akan ditulis sebagai ‘wen’.
* Mereka tidak dapat memahami hubung-kait di antara huruf dan bunyi

Menulis

* Tulisan yang cakar ayam, huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz, tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
* Ayat-ayat yang ditulis bercantum dan tidak dijarakkan mengikut lazim.
* Tidak dapat menyalin dengan tepat dari papan tulis dan sering membuat kesilapan bila menulis.
* Menulis dengan amat perlahan.

Pertuturan

Sebutan perkataan yang tidak jelas

Tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan apa yang ingin disampaikan.

Menyampaikan sesuatu perkara atau menceritakan sesuatu kejadian dengan tidak mengikut urutan.

Ayat-ayat yang digunakan tidak tersusun dan sering terbalik lantas menyebabkan orang yang mendengar tidak memahami maksud sebenar ayat itu.

Kanak – kanak yang mengalami disleksia sering merasakan yang mereka tidak dapat melakukan atau menghasilkan yang terbaik seperti yang mereka inginkan. Oleh kerana masalah permbelajaran ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam pelajaran mereka.

Mereka juga sering disalah mengertikan oleh orang-orang di sekeliling mereka. Oleh kerana kesilapan yang sering mereka lakukan dan kegagalan mereka di dalam pelajaran, mereka selalu dianggap sebagai ‘malas’, ‘bebal’, ‘bodoh’, ‘bengap’, ‘cuai’, ‘leka’ dan sebagainya.

Sebenarnya, mereka ini adalah kanak-kanak pintar. Jika diberi peluang dan mendapat bimbingan yang betul, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh melakukan sama seperti kanak-kanak lain dan menghasilkan yang terbaik.

Terdapat ramai tokoh-tokoh termuka yang juga mengalami disleksia. Menteri Kanan Singapura Encik Lee Kwan Yew, mantan Perdana Menteri England Encik Winston Churchill dan pelakon terkemuka Tom Cruise merupakan contoh-contoh individu disleksik yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing.


Bagaimana Saya Boleh Membantu?

Gunakan pena yang berbagai warna untuk menulis perkataan atau untuk menggaris perkataan dan terangkan dengan jelas setiap perkara atau fakta-fakta yang penting.

Bantu mereka menyiapkan jadual harian supaya mereka dapat mengikut dengan tepat perkara-perkara yang perlu mereka lakukan seharian.

Sediakan senarai barang-barang yang perlu dibawa ke sekolah, kelas tuisyen dan sebagainya.

Berikan mereka masa untuk berehat selama 10 minit bagi setiap 20 minit mereka belajar atau membaca.

Cuba dapatkan kerjasama dari pihak guru darjah untuk meletakkan anak anda duduk di barisan hadapan di dalam bilik darjah. Ini dapat membantu mereka memberikan tumpuan semasa belajar.

Guru-guru boleh memberi masa lebih sedikit untuk kanak-kanak ini menyalin nota dari papan tulis. Tulisan guru juga boleh dijarakkan dengan lebih ketara supaya mereka dapat melihat dengan jelas dan menyalin dengan mudah.

Guru-guru juga boleh memberikan lembaran kerja yang dicetak dengan saiz font yang lebih besar supaya mereka dapat melihat dengan jelas dan dapat menarik tumpuan mereka. Ia juga dapat mengurangkan kesan ngeri atau takut pada perkataan-perkataan yang tertera. Apabila mereka dapat membaca dengan jelas, kefahaman mereka terhadap teks bacaan juga akan bertambah.

Benarkan mereka menggunakan komputer untuk tujuan menulis atau menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini kerana, penggunaan komputer melibatkan kemudahan ‘semak ejaan’ atau “spell check” yang amat berguna untuk kanak-kanak disleksik.

Anda perlu sedar bahawa kanak-kanak ini memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugasan mereka dan menjawab kertas ujian serta peperiksaan. Ini kerana proses membaca, mengecam perkataan dan menulis merupakan beban yang amat berat bagi kanak-kanak disleksik.

Kanak-kanak disleksik lebih baik dari segi pertuturan dan perbualan jika dibandingkan dengan membaca dan menulis. Maka dari itu, guru-guru boleh menguji mereka dari segi lisan dan jangan hanya terhad pada ujian-ujian bertulis atau bacaan sahaja.

Jangan melabel kanak-kanak ini dengan nama-nama ejekkan seperti ‘si malas’, ‘pak pandir’, ‘otak udang’ dan sebagainya.

Berilah mereka pujian bagi setiap usaha mereka. Jangan hanya memuji mereka apabila mereka mendapat markah penuh atau markah tertinggi. Mereka perlu diberi peluang untuk mengalami dan merasa kejayaan di dalam apa juga bentuk. Jika mereka terus merasa kegagalan tanpa diberi peluang untuk merasa kejayaan, mereka akan dewasa dengan perasaan kecewa dan hilang keyakinan diri.

Bagi ibu bapa, sayangilah mereka sama seperti anak-anak yang lain. Mereka memerlukan sokongan dan pengertian dari orang-orang yang terdekat dengan mereka; iaitu ibu bapa, keluarga, guru-guru dan kawan-kawan.

“Disleksia tiada penawarnya, tiada ubat dan tiada akhirnya. Seseorang yang mengalami disleksia akan membesar dan dewasa dengan masalah pembelajaran ini. Bukan ubat atau penawar yang perlu kita cari dan buru untuk membantu kanak-kanak disleksik…yang perlu kita cari ialah bagaimana untuk membantu mereka mengatasi masalah ini..bagaimana untuk membimbing mereka menghuraikan kekusutan semasa berdepan dengan huruf-huruf, perkataan dan ayat..jawapannya: melalui program khas di dalam pengajaran dan pembelajaran!”

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.